Wednesday 13 July 2016

Kejaya Jurutera Elektronik Di Bidang Kejuruteraan Elektrik

Pernahkah anda menghadapi masalah tentang kerjaya?

Saya merupakan seorang jurutera elektrik yang bekerja di bawah Kementerian di Sarawak. Tetapi, saya ialah graduat daripada bidang  kejuruteraan elektronik.

Saya telah didaftarkan sebagai jurutera graduat di bawah Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) bidang elektronik. Mengikut BEM untuk menukar bidang elektronik kepada bidang elektrik, saya perlu mengikut kursus. Melalui cara ini, saya baru dapat mengamalkan praktis sebagai jurutera elektrik dan membuat aplikasi untuk menjadi jurutera professional.

Program Pertukaran Elektronik Kepada Elektrik

Program ini hanya ada di Universiti Tenaga Nasional di pautan ini
  • Selama 15 minggu (2 minggu sekali Sabtu & Ahad)
Saya seorang pelajar elektronik UNIMAS, dua subjek di bawah perlu diambil:
  • Electrical Power System II (PSII) - RM1525/-
  • Electrical Machines & Drives (EMD) - RM1525/-

Untuk Warga Sabah & Sarawak, kos akan berlainan kerana perlu termasuk tambang kapal terbang & penghinapan.

Jumlah Kos:

2 subjek                RM3050
Tambang               RM2100
Penghinapan         RM2100
Makanan & Lain  RM350
Jumlah Besar      RM8600

Persoalan Saya, perlukah saya buat pertukaran?

Untuk jumlah sebesar ni pun hanya dapat satu Degree Elektrik, berbaloikah? Dengan kos ni saya boleh belajar master by research di universiti awam. Tapi kat Kuching, Sarawak ni tak ada kursus secara pembelajaran untuk Sarjana dalam Elektrik.
Tidak di offer oleh: UTM SPACE, UTHM SPACE, WAWASAN Open University, OUM, dan lain-lain.
Offer untuk penyelidikan: Swinburne Sarawak, UNIMAS, UITM, Curtin Sarawak (Separuh pembelajaran, Miri)

Sambung Master atau Conversion?

Ataupun sambung Master dalam bidang elektronik sebagai self improvement di UNIMAS untuk kursus communication system?

Pernahkah anda menghadapi masalah ini? Sila komen, kita boleh buat diskusi.

 

No comments:

Post a Comment